SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN
A. Ahli Syurga dari awal
B. Ahli Neraka dari awal
C. Ahli Neraka sementara kemudian akan dilantik jadi ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (Khas untuk jawatan A)
1. Nikmat kubur
2. Perlindungan dipadang Mahsyar
3. Keselamatan meniti di titian sirat
4. Syurga yang kekal abadi
TARIKH TEMUDUGA
Bila bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA
Didalam kubur (alam barzah)
KELAYAKKAN
1. Anda tidak perlu bawa sijil-sijil, (apajuga sijil)
2. Anda tidak perlu bawa pinggat pinggat (dan apa juga anugerah)
3. Anda tidak perlu bawa wang, harta, emas yang anda kumpul
4. Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, handsem, atau berbadan
tegap atau seksi.
5. Sila bawa dokumen asal iaitu- Iman dan amal serta sedekah jariah sebagai
sokongan.
PANEL TEMUDUGA
Mungkar dan Nakir
ENAM SOALAN BOCOR AKAN DITANYA
1. Siapa Tuhan kamu?
2. Apa agama kamu?
3. Siapa Nabi kamu?
4. Apa kitab kamu?
5. Dimana kiblat kamu?
6. Siapa saudara kamu?
CARA MEMOHON
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkelibar untuk menjemput anda, ia akan menjemput anda pada bila bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang orang tertentu dan akan bengis kepada orang orang tertentu. Penjemput ini bernama IZRAIL.
TIP UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hambal
Yang bermaksud begini:
Sabda Rasulallah saw:
“ Sesungguhnya apabila jenazah sesaorang itu diletakkan didalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang orang yang menghantarnya kekubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup didunia akan diletakkan dikepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan disebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, slaturrahim, pekara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: dari aras ku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari aras ku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepada nya: dari aras ku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat mendatangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal kebajikan: dibahagian ku tidak ada jalan masuk.
Maka malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu, kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu tentang seorang lelaki (Muhamad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya, dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apayang kami Tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang saorang lelaki (Muhamad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya. Dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhamad saw dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhamad saw itu ialah pesuruh ALLAH yang membawa kebenaran daripada ALLAH SWT. Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insyaALLAH. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata kepadanya itulah tempat kamu dan itu lah janji ALLAH bagi kamu dan kamu akan berada didalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya.”
Wallahu'alam....
Suburkan Kekuatan Rohani Dambakan Kebahagiaan Hakiki
-
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى
وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ
المُشْ...
4 tahun yang lalu