Sifat Mahmudah

1. Sifat kasih sayang
Dengan pandangan mata hati (mata roh) kita akan dapat mengesanadanya benih kasih sayang dalam hati. Ia adalah fitrah semulajadi yang murni. Yakni hati terasa terhutang budi kepadaorang yang membantu atau berjasa kepada kita. Mengikut istilahsyariat dikatakan rasa syukur atau rasa hendak balas budi. Inisifat baik (positif). Apabila didapati ada sifat-sifat ini dalamhati hendaklah disuburkan, dipertajamkan dan dikekalkanserta dilaksanakan supaya kita jadi orang yang berterima kasihpada manusia. Lebih-lebih lagi bersyukur kepada Allah kerananikmat-Nya yang tidak pernah putus-putus.
Rasa kasih sayang ini diperintahkan oleh Allah dan Rasul.Rasulullah bersabda:
Maksudnya: “Barang siapa yang tidak mengasihisesama manusia maka dia tidak dikasihi Allah.” (RiwayatTirmizi)
Hadis ini menyuruh kita untuk berkasih sayang. Ia mendorongkita untuk saling mengasihi antara manusia dan makhlukAllah yang lain. Suburkan dan tajamkan lagi sehingga matangbersama matangnya jasad lahir kita. Lakukan bermacam-macamcara untuk suburkan sifat kasih sayang ini.

2. Rasa simpati, timbang rasa atau tolak ansur
Benih rasa simpati atau timbang rasa ini dapat dikesan ada dalamhati bila berhadapan dengan orang yang mendapat kesusahan.Walaupun kita tidak dapat menolong dan membantunya tetapisecara automatik timbul rasa belas kasihan atau simpati itu. Setelahdikesan didapati ada sifat baik ini maka mestilah disuburkandan dikekalkan. Ini supaya mendorong kita menolong orangyang susah atau sanggup bersusah payah untuk berkhidmatdan berbakti pada orang lain.
Syariat juga menyuruh kita bersimpati atau bertimbang rasaatau bertolak ansur pada orang. Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Sebaik-baik manusia ialah manusia yangdapat memberi manfaat kepada manusia lain.” (RiwayatQudha’i dari Jabir)

3. Rasa malu
Benih rasa malu dapat dikesan wujudnya dalam hati, lebih-lebihlagi bila kita berbuat salah. Rasa malu bila orang lain tahu. Inimesti disuburkan supaya dapat membendung kita daripadaberbuat salah, sekalipun kesalahan-kesalahan dosa kecil, apatahlagi dosa besar. Ini juga mendorong kita segera bertaubat apabilabersalah. Seterusnya ia akan menyuburkan sifat jujur (berlakubenar), ikhlas dan amanah terhadap Allah dan Rasul serta manusiaseluruhnya.

4. Rasa sukakan ilmu pengetahuan
Benih rasa sukakan ilmu pengetahuan dapat dikesan ada dalamhati bila ada perasaan ingin tahu, ingin pandai, ingin menyiasat,ingin memiliki ilmu sepertimana orang yang sudah ada ilmu,ingin amalkan, ingin membaca, mengkaji, menilai dan prihatinpada satu-satu perkara atau ingin mencari pengalaman sebanyak-banyaknya. Bila didapati benih sifat baik ini ada dalamhati maka suburkan dan dorong lagi supaya kecintaan kepadailmu bertambah. Ini bersesuaian dengan perintah Allah danRasul-Nya. Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga keliang lahad.”
Maksudnya: “Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China,menuntut ilmu itu wajib bagi setiap orang Islam.” (RiwayatIbnu Abdul Bar dari Anas)
Bertambahnya ilmu dan pengetahuan memberi kesan lahiriahyang baik pada akhlak dan perbuatan seseorang itu seperti berani,pandai, berwibawa, cakapnya bernas, hidup tidak buntu,kreatif dan lain-lain lagi.
Perlu diingat bahawa sifat-sifat yang baik yang disebut diatas tadi dan banyak lagi sifat-sifat mahmudah lainnya itu, iawujud bersama dengan jasad lahir. Rasa-rasa itu semuanyatidak perlu dipelajari dan tidak ada guru yang mengajarinya. Iaadalah perasaan semula jadi yang murni yang ada dalam hati.Cuma waktu kecil ia tidak subur. Tetapi ia ikut dewasa bersamadewasanya tubuh kasar.
Benih-benih sifat-sifat mahmudah tersebut mesti dikenalpasti dengan menggunakan teropong mata hati serta dibantuoleh ilmunya. Kemudian sifat-sifat baik ini hendaklah disuburkan,dipertajamkan dan didorong lagi supaya kita dapat mengekalkansifat-sifat mahmudah itu dalam diri. Dengan itu lahirlahakhlak-akhlak yang baik, tindakan-tindakan yang mulia danperbuatan-perbuatan yang terpuji dalam kehidupan kita.