Apakah Caranya Mendapatkan Pengampunan Allah SWT?

Ada 3 syarat :


1. Berdoa serta penuh harapan

(a) Dari Hadis Qudsi (Hadis+Firman Allah) - Bila hambaNya berdoa memohon keampunan, Allah akan mengampunkan dosa2 walaupun sebanyak buih di lautan

Dlm erti kata yang lain, jangan sekali2 berputus asa dari rahmat Allah Ta'ala

Sabda Nabi SAW :

(i) Berdoalah akan hal keadaan kamu dengan penuh keyakinan (sungguh2 berdoa) kerana Allah tidak akan menerima doa hati orang2 yang lalai.

(ii) Doa itu otak ibadah.

- Jangan lupa untuk berdoa selepas *beribadah kepada Allah (*solat, zikr etc)

2. Perbanyakkan Istighfar

(a) Amalkan Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar) pagi dan petang. Sayugia diingatkan sesiapa yang mengamalkannya menjadi ahli syurga sekiranya maut datang menjemput.

(b) Berbaik sangka dalam berdoa

(i) Sabda Nabi SAW - Allah senantiasa dekat pada sangkaan hamba2Nya.

- dengan itu, jangan buruk sangka sekalipun hanya lahir di dalam hati. Kikis ia keluar dan bersihkan hatimu dengan berzikir


3. Ketauhidan dalam Akidah & Kepercayaan

(a) Tidak melakukan perkara2 syirik

(b) Berjemaah x 3 lah bila melakukan solat. Carilah peluang untuk berjemaah kerana sesungguhnya fadhilatnya amat besar.

(i) Diingatkan solat sunat fajar (yg dilakukan sebelum solat fardu Subuh) lebih besar manfaatnya dari dunia dan seisinya.


Nasihat Ahli Sufi Ibrahim Bin Ad-ham

1. Jauhi segala perkara2 yang diharamkan

(a) Jaga makan, minum, pakaian dari perkara2 yang bersyubahat dengan yang haram (seperti judi etc)