Sabda Rasulullah SAW;"Barangsiapa yang melakukan suatu dsa,maka akan tumbuh di hatinya setitik hitam.kiranya ia bertaubat,akan terkikislah titik hitam itu dari muka hatinya,jika ia tidak bertaubat,maka titik hitam itu akan merebak sehingga seluruh muka hatinya menjadi hitam."Demikian halnya dengan wanita yang keluar rumah dengan memakai wangian sehingga menyebabkan lelaki tergoda.Inilah kebiasaan yang menjadi fenomena umum hari ini.Ramai wanita yang keluar rumah dengan berwangia-wangian hingga baunya menjelajahi segenap ruang.Sabda Rasulullah SAw,"Mana-mana perempuan yang memakai wangian kemudian melalui suatu kaum agar mereka mencium bau wanginya,maka dia seorang penzina."Sebahagian wanita meremehkan masalah ini.Islam memandang tegas masalah ini.Perempuan yang telah terlanjur memakai wangian jika hendak keluar rumah ia diwajibkan mandi terlebih dahulu seperti mandi junu,meskipun bertujuan hendak ke masjid.Syariat Islam telah menggariskan bahawa wangian wanita Muslimah adalah yang kelihatan warnanya dan tidak keras semerbak baunya.Kita memohon kepada Allah,semoga Ia tidak murka kepada kita dan semoga tidak menghukum orang-oang soleh sama ada lelaki atau perempuan atas sebab dosa orang-orang jahil. Semoga Allah menunjuki kita semua ke jalan yang lurus yang di berkati di dunia mahupun di akhirat.Amin.....
(Sekadar untuk peringatan bersama....InsyaAllah)
Suburkan Kekuatan Rohani Dambakan Kebahagiaan Hakiki
-
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى
وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ
المُشْ...
4 tahun yang lalu